Jujurlah rasa ralat sangat dengan apa yang berlaku sekarang ni. Bukan setakat geram, tapi lebih kepada rasa kecewa yang dalam sebab benda yang sama je jadi. Pelik betul macam mana pihak pengurusan mall boleh terfikir nak benarkan haiwan peliharaan masuk ke ruang tertutup macam tu je, sedangkan diorang tau setiap hari orang Islam keluar masuk pergi makan, solat, bawa anak-anak kecil. Masa buat keputusan tu, mereka memang langsung tak fikir pasal sensitiviti kita ke? Atau sebenarnya mereka memang tak kisah pun?
Yang paling buat panas hati bila kena cop macam-macam bila kita bersuara untuk pertahankan hak sendiri. Ada yang kata tak inklusiflah, tak toleransilah, sampai kata kita ni kolot. Hello, ini bukan soal selera ke atau perasaan aku kau ke, tapi ini soal hukum agama. Anjing ni najis berat, bukan benda yang kau boleh buat main. Tak faham kenapa bila libatkan Islam je susah sangat orang lain nak faham? Kenapa setiap kali bila kita cuba jaga agama, kita pula yang diposisikan macam orang jahat?
Lagi satu aku perasan nampak sangat ada double standard. Dulu masa dobi orang Melayu letak tanda “Muslim Sahaja” punyalah laju diorang letak label ekstremis, rasis, macam-macam lagi gelaran negatif lain. Tapi bila mall besar buat polisi yang jelas-jelas langgar sensitiviti majoriti, boleh pula ada yang puji kononnya itu tindakan progresif dan urban. Kenapa standard tu berubah mengikut siapa yang buat? Adakah kalau nampak moden tu maksudnya boleh abaikan agama?
Bila Exco Selangor cakap yang undang-undang memang tak benarkan haiwan masuk mall, baru terkial-kial. Kalau dah tahu itu peraturannya, kenapa perlu tunggu orang marah baru nak undur? Ini bukan sekadar cuai, tapi satu bentuk rasa tak hormat yang disengajakan. Letih betul la bila orang Islam asyik disuruh beralah dan disuruh faham orang lain konon nak jaga keharmonian tapi harmoni apanya kalau sebelah pihak je yang kena beralah? Rasa macam kita ni warga kelas kedua pulak kat negara sendiri. Tanah air aku ke ni?


Leave a Reply